KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencatat pemulihan teknikal selepas susut selama tiga hari berturut-turut, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
"Selain elemen pembetulan teknikal, prospek kadar faedah di AS dan ketegangan di Timur Tengah akan menjadi penentu sentimen pasaran dalam pasaran tukaran asing," katanya.
Beliau juga menyifatkan ketidaktentuan berkaitan prospek kadar faedah AS akan turut menjadi faktor pendorong sentimen positif terhadap mata wang negara maju itu.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peningkatan ringgit pada hari ini agak terbatas berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell yang cenderung terhadap kenaikan kadar faedah pada sesi perbincangan panel Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malam tadi.
Ulasan Powell membayangkan bahawa Fed akan lebih bersabar dalam usaha melaksanakan kenaikan kadar faedah berikutan tekanan inflasi berterusan serta daya tahan ekonomi AS.
"Pendirian sedemikian sebaliknya hanya meningkatkan lagi hasil Perbendaharaan AS sekitar paras lima peratus, sekali gus mengehadkan kenaikan tukaran asing Asia," katanya.
Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit rendah berbanding euro kepada 5.0981/1024 daripada 5.0966/0992, susut sedikit berbanding pound Britain kepada 5.9720/9770 daripada 5.9701/9732 namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0990/1018 daripada 3.1020/1038 semalam.
Unit tempatan itu diniagakan kebanyakannya meningkat berbanding mata wang Asean termasuk mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0194/13.0373 daripada 13.0858/13.0983, semalam.
Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 295.3/295.7 daripada 296.3/296.6 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.41/8.42 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5171/5200 daripada 3.5135/5156, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam.
AS lulus RUU syaratkan analisis antara agensi pendedahan ekonomi kepada China
Dewan Perwakilan AS meluluskan undang-undang yang memerlukan Jabatan Perbendaharaan mengetuai analisis antara agensi mengenai pendedahan ekonomi negara itu kepada sektor kewangan China.
Pemulihan ekonomi AS kini lebih kukuh dan mampan - Joe Biden
Kadar pengangguran turun kepada 5.2 peratus berbanding 5.4 peratus pada bulan Julai.